DSN

SIAPAKAH NAJIB RAZAK ?

Aku nak menulis sedikit malam ni supaya minda kau cakna dan tahu menhargai dia sebagai bekas perdana menteri yang perform jaga kebajikan kau sebagai rakyat malaysia .

Aku dah muak tengok gelagat kau kufur nikmat tak bertempat .

Maka Aku sebagai rakyat marhaen kenang jasanya selama 9 tahun berkhidmat sebagai perdana menteri malaysia ke 6.

Aku ada 3 point PEMBANGUNAN , PENGANGKUTAN AWAM DAN EKONOMI yang pada aku sebagai rakyat sangat kagum dengan beliau sebagai bekas perdana menteri ke 6 .

1 ) KOMPLEKS TABUNG HAJI KLIA .

Pada 14 julai lalu genap lah setahun kompleks tabung haji yang tesergam indah ini beroperasi di KLIA . Kompleks tabung haji ini tersangat lah moden dan selesa untuk para jemaah haji MALAYSIA .

Kos pembinaan kompleks ni adalah 300 juta . Menggunakan single check in sistem , bermakna para jemaah haji malaysia hanya perlu melalui pemeriksaan imigresen sekali sahaja di kompleks ini , sesampai di airport saudi ambil luggage kemudian keluar terus dari airport . Mudahkan ?

Inilah mercu tanda islam yang NAJIB RAZAK tinggalkan untuk rakyat malaysia .

Projek ini untuk siapa guys? Yes untuk rakyat malaysia .

Mujur lah Projek ni siap on time . Beruntung lah projek ni siap sebelum PRU 14 lagi kalau tidak dengan projek-projek ni juga di batalnya oleh kerajaan hari ni yang kerjanya duk menjual aset negara jer .

2 ) TERMINAL BAS BERSEPADU (TBS)

Di zaman Najib razak juga kerajaan nya telah menaik taraf sebuah terminal bas pudu raya yang busuk hapak dan banyak pencopet kepada terminal bas yang sangat moden lagi bergaya ala-ala AIRPORT .

Terminal BAS TBS ni menghubung kan antara train dan bas .

Banyangkan sebuah terminal bas yang mempunyai segala kelengkapan dari segi aircondnya sejuk mampus berbanding dengan dulu busuk tak ada aircord , riadahnya , food nya , WIFI nya , surau nya , sistem penjualan tiket yang lebih sistematik siap boleh buat tempah online lagi tak macam dulu ada yang ambil advantage jadi ulat tiket lagi .

Maka kemudahan yang di tawarkan ini lebih selesa dan moden buat rakyat malaysia. Kalau sambil-sambil nak menunggu bas , train kau juga boleh shopping dalam ni . Boleh lepak-lepak etc .

Dengan kemudahan ini TBS merupakan HAB pengangkutan awam bersepatu beroperasi 24 jam .

Maka projek ni untuk siapa guys ? Yes untuk rakyat malaysia .

Dan nasib baik juga projek ni siap sebelum PRU14 kalau tidak dengan projek ni juga kerajaan PH ni nak batalkan .

3 ) GST .

Yes tak perlu aku ulas banyak sangat soal GST ni sebab aku memang dah ulas soal GST ni banyak sangat sebelum ni tapi apa aku nak katakan langkah DS NAJIB buat GST untuk kukuh kan ekonomi malaysia itu adalah langkah tepat dan betul . Ini bukan hayalan atau dongeng .

Apabila ekonomi kita kukuh , dana negara fix maka dek kerana sistem cukai kita yang efisyen maka manfaat nya terus dapat pada rakyat yang berpendatan rendah .

Collection dari GST ni juga lah DS NAJIB mampu agihkan kepada orang susah dan berpendatapan rendah .

Antara cabang dan pecahan collection GST ni adalah paling famous BRIM yang kini hanya di tukar nama BASAH , bantuan khas penjawat AWAM yang zaman NAJIB TAK SETIA PADA KERAJAAN KETIKA ITU , bantuan khas warga mas , bantuan ibu bapa orang Asli , bantuan dalam program e rezeki , e usahawan , subsidi barangan keperluan Asas rakyat , bantuan makanan dan buku teks . Sebenarnya banyak lagi cuma ini yang terlintas di minda aku .

Maka terbukti GST itu tidak menyusahkan rakyat malah GST tu lah yang dapat meringakan beban rakyat yang berpendapatan rendah . Ambil cukai dari orang kaya dan agihkan pada golongan B40 .

Banyangkan kini tanpa GST hampir banyak bantuan di cut dan kurang kan kerana apa , kerana sistem cukai yang di perkenalkan kini sudah tidak relevan lagi untuk negara yang ingin menuju negara maju berpendapatan tinggi .

Maka ketiga-ketiga point yang aku tulis ni adalah untuk siapa kalau bukan untuk rakyat malaysia secara keseluruhannya . Siapa yang merangka ini semua tidak lain tidak bukan NAJIB RAZAK NAMANYA .

Dari segi bab pembangunan pintar , pengangkutan awam berkelas dunia dan ekonomi bjik laksana . Maka nikmat tuhan mana lagi yang kau nak dustakan ?

Mengapa kau begitu mudah menolak beliau ? Sedangkan beliau bagus . Ruginya rakyat malaysia menolak pemimpin bagus seperti dia .

Akhir kalam ,

Saya mohd izwan bin abu bakar ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi perdana menteri saya walaupun hanya seketika . Jasa dato akan saya kenang dan kebaikan dato , visi dan misi dato akan saya cerita kan pada anak-anak saya kelak jika saya sudah berumah tangga nanti .

Tidak saya malu mengatakan DATO ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SANGAT SAYA SAYANGI đź’•

May Allah SWT bless you with barokah and rahmah Aamiiin Aamiiin Ya Rabbal alamiiin

Sekian ,

Mohd Izwan Abu Bakar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s